StoryMakers Set 2: Self Regulation Theme
Belimbing Boleh
Cerita ini mengisahkan Belimbing yang merasakan dirinya serba tidak boleh. Tetapi, Belimbing tidak sedar bahawa dia juga ada kelebihan dirinya sendiri.
Buku ini khusus untuk anak-anak melihat setiap kanak-kanak itu, ada keupayaan dan kebolehan mereka sendiri. Perlunya untuk kita saling menghormati kebolehan masing-masing dan meraikan keunikan tersebut.
Salak Menanti
Cerita ini mengisahkan Salak yang rindukan Ayah. Kehadiran Ayah sangat diharapkan.
Buku ini khusus untuk anak-anak yang merindui kehadiran orang yang tersayang. Menerima bahawa tidak semua yang diharapkan itu akan menjadi, adalah satu proses yang perlu dipelajari. Kebolehan mengendali emosi kendiri adalah satu skil yang sangat penting bagi anak kecil.
Durian Lasak
Cerita ini mengisahkan Durian yang kurang sensitif terhadap persekitarannya, termasuklah kawan-kawan.Durian belajar sesuatu akibat dari sikapnya.
Buku ini khusus untuk anak-anak yang mungkin kurang sensitif dengan persekitaran dan kawan-kawan. Buku ini diharapkan membantu anak-anak memahami bagaimana sikap kurang sensitif itu memberi kesan kepada mereka yang berada di sekeliling.
Rambutan Berkawan
Cerita ini mengisahkan Rambutan yang cuba berkawan. Rambutan tidak tahu bagaimana untuk menarik kawan-kawan supaya bermain dengannya. Segala usaha Rambutan tidak berjaya. Rambutan sedih. Bagaimana rasanya Rambutan berkawan?
Buku ini khusus untuk anak-anak yang mahu berkawan tetapi tidak pasti bagaimana. Cerita ini mungkin dapat membantu anak membina skil bersosial berkawan.
Manggis Rimas
Cerita ini mengisahkan Manggis dan keluarganya yang besar. Ada sesuatu yang mengganggu Manggis. Bagaimana Manggis menyelesaikan masalah ini?
Buku ini khusus untuk anak-anak membina keyakinan diri untuk mengatakan tidak kepada sesuatu yang tidak disukai. Keyakinan seperti ini penting dalam membina limitasi ‘boundaries’ untuk diri sendiri. Cerita ini boleh membantu anak untuk memahami bahawa tidak salah untuk mengatakan tidak.